...CuT!-CuTi...

KELANTAN


 


 MELAKA 

Sejarah Melaka bermula dgn pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dr Palembang, keturunan majapahit, pd thn antara 1400-1403. Parameswara merupakan keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit .Pemerintahan Jajahan Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pd 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kpd pihak Portugis dgn serangan sekejap-sekejap dr tanah daratan dan laut. Akhirnya, pd thn 1526, seangkatan kapal yg besar di bwh Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal utk memusnahkan bandar Bentan yg melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat 2 thn kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pd thn 1545, 1546 dan 1549 krn hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur. Pada thn 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dgn penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tdk berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lbh mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Fort A'' Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pd 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yg ketinggalan dipelihara sehingga hari ini. (Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society) Pihak Belanda menyerahkan Melaka kpd pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pd tahun 1824. Dari 1826-1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dgn Singapura dan Pulau Pinang pd thn 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yg kemudiannya menjadi Malaysia. Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.