..isLaM..

PANDUAN DOA YANG DITERIMA ALLAH S.W.T

  •  Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus dari Allah s.w.t. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.
  • Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
  • Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.
  • Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.
  • Berdoa, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.
  • Tidak pernah berputus asa didalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqomah, sabar dan menyerah diri kepada Allah. 
  •  
     
     CINTA ALLAH
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ  
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imran: 31)
Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :
" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

 


  •  JODOH DARI ALLAH
Pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam hati. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan itu  menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
  •  JODOH DARI SYAITAN
lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
  • JODOH DARI JIN
lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.



ALLAH PERMUDAH JALAN KE SYURGA BAGI PENCINTA ILMU
Islam meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam kehidupan manusia.Ini terbukti dengan penurunan wahyu pertama iaitu arahan,'Bacalah'.Ibnu Kathir menerangkan ,ayat itu adalah rahmat Allah kepada hamba-Nya,sekali gus menjadi nikmat pertama diberikan kepada manusia.Dalam ayat itu,terdapat peringatan mengenai kejadian manusia.Manusia diajar ilmu yang tidak diketahui mereka.Allah memuliakan hamba-Nya dengan ilmu yang diberikan.Ada kala ilmu itu berada dalam fikiran,secara lisan dan penulisan.Memperolehi ilmu melalui akal,lisan dan penulisan adalah perkara yang harus dalam pemerolehan ilmu.
Firman Allah yang bermaksud :"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia dengan kalam.Dia mengajar manusia kepada apa yang mereka tidak tahu".
Sabda Rasulullah  SAW yang bermaksud"sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu,Allah akan mudah kepadanya jalan ke syurga.
Ketinggian dan kepentingan ilmu terbukti apabila dikatakan bahawa dengan menuntut ilmu maka jalan ke syurga akan menjadi mudah.Ini adalah janji Allah melalui nabi-Nya dan kita wajar mengejar peluang itu.Begitu juga dengan jelas Rasulullah menerangkan penting dan besarnya sesebuah majlis ilmu dengan merujuk kepada sabda yang bermaksud"sesiapa pergi ke masjid hanya bagi mempelajari kebaikan atau mengajarnya,maka dia akan dapat pahala ibarat orang yang buat haji secara sempurna".

AMALAN MAKAN KISMIS.... 
Kismis merupakan salah satu daripada makanan yang sangat berkhasiat. Amalan pemakanan kismis boleh membantu seseorang individu tersebut mendapat bekalan oksigen yang secukupnya kerana kandungan zat besinya memang sangat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen pada otak manusia boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.



KELEBIHAN AIR ZAMZAM
  • Sembuh pelbagai penyakit denan izin Allah.
  • Diberkati dan mengenyangkan peminum
  • Sempurna hajat peminum
  • Antara air sir syurga
  • Kewujudan Baitullah di bumi dan pembangunan serta kemajuan bumi Makkah
  •  Tanda kekuasaan Allah
  • Nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram
  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi
  • Air yang dipilih untuk membersih hati Rasullullah beberapa kali
  •  Minuman yang paling mulia dan menambah kekuatan badan


FADHILAT MEMBACA AYAT KURSI
  •  Sesiapa yang beramal membacanya setiap kali selepas solat,dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
  • Sesiapa yang membaca ketika hendak tidur,Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
  •  Apabila baca sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat,insyaallah hajatnya akan berhasil.
  • Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki,bacalah ayat kursi 170 kali,insyaallah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.
  • Sesiapa baca ayat kursi sebanyak 170 kali dan diikuti solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih,insyaallah akan berhasil hajatnya.
  • Sesiapa yang marah,bacalah ayat kursi,insyaallah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya.mereka yang rajin membaca ayat kursi akan dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
  • Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati,amalkan membaca ayat kursi 170kali,amalan ini juga boleh mendapatkan petunjuk dari Allah.


4.