WELCOME TO PERAK DARUL RIDZUAN
ROYAL GOLF CLUB IPOH
MENARA CONDONG
RAILWAY STATION
SEJARAH
Taman Tasik Taiping
Taiping Lake Garden dibina pada tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang indah di Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah ini terletak di berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping.
Kellie’s Castle
Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka british bernama William Kellie Smith. Bangunan 3 tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana moghul di bandar agra,india . Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.William Kellie Smith dari sebuah desa di Skotlandia yg dikenali sbg Kellas. Pd tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yg tlh memenangi konsesi dr pemerintah negara utk menghapuskan 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yg dibuat dr perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dlm industri perlombongan timah. Sewaktu itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau utk berkahwin dgn orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pd tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yg bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha utk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sbg waris utk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pd thn 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yg lbh besar utk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan utk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan utk cadangan istana besar yg dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yg pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dlm akhbar London Financer pd 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yg paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dr segi bentuk ataupun besarnya.Bangunan ini tdk sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pd 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' tlh menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah krn keunikannya.
Gua Tempurung
Terletak di Gopeng, sekitar 24km selatan ibu kota Ipoh di Perak dan berhampiran Kampar, merupakan salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di dalam Gua tersebut telah dibina platform yang diterangi lampu dari pintu gua bagi membolehkan anda berjalan dengan mudah
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang menarik, terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki feri dari Lumut untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana.
Menara condong Teluk Intan
Dibina pada tahun 1885 hingga 1892,sebelum ini banggunan ini dikenali sebagai Jam Tinggi.Tujuan asal pembinaan Menara ini adalah untuk menempatkan sebuah tangki air untuk penduduk Bandar Teluk Intan.Air daripada tangki menara ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.Semasa pemerintahan Jepun,bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama dibahagian atasnya.Menara Condong ini telah dibina oleh seorang kontraktor cina yang bernama Leong Choon Chong pada tahun 1885,ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki jam yang masih berperanan sehingga kini.apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut,ia dikenali dengan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua didunia selepas Menara Pisa di Itali.


