Sunday, October 16, 2011

BERMULALAH DARI BAWAH ....

Sabar
  • Mana ada kejayaan datang bergolek.Kita kena selalu ingat segala-galanya bermula dari bawah.Bila terasa hasil yang diperolehi tak setimpal dengan usaha yang dicurahkan buangkan segera perasaan itu.Biar hasilnya sedikit dahulu atau tiada langsung kerana yang penting adalah pengalaman yang kita perolehi.Fokus pada kejayaan yang ada di hadapan dan jangan cepat menyerah kalah.

Setiap kerja keras pasti ada hasilnya
  • Perkara ini memang tak dapat dinafikan,setiap yang diusahakan dengan bersungguh-sungguh pasti ada hasilnya,walaupun bukan esok atau lusa,mungkin hasilnya dapat kamu lihat lagi setahun,lima tahun atau 10 tahun akan datang.Apa yang penting kita hendaklah sentiasa berusaha dan perlu ada strategi yang betul.

Berani
  • Bagi meraih apa yang diimpikan,kita harus berani.Berani mengatasi segala cabaran yang mendatang.Kerjaya yang cemerlang tak terjadi dalam satu malam tetapi mengambil masa yang panjang.Langkah yang tidak pernah berhenti sepanjang perjalanan kamu itulah yang semakin mendekatkan kamu dengan kejayaan.”Success doesn’t come to you,you go to it”

No comments:

Post a Comment