Sunday, October 16, 2011

PEMAHAMAN TENTANG CINTA

  • Cinta bukan sekadar perasaan sayang semata-mata tetapi apa yang lebih penting adalah harus ada keikhlasan kerana perasaan sayang itu boleh datang dan pergi begitu sahaja,cinta juga tidak akan berakhir kerana memang cinta tidak harus berakhir
  • Cintailah seseorang seperti sungai yang akan mengalir selamanya,kerana jika kamu mencintai seseorang seperti Bunga ia akan mati saat musim silih berganti.
  • Jangan pernah merasa takut untuk jatuh cinta kerana akan terasa menyakitkan saat kamu diabaikan ataupun kamu sendiri yang menyebabkan rasa sakit itu tercipta,jangan terlalu mengikuti kata hati kerana akan membuat kamu semakin terluka dan terus menerus menangis merenungi rasa sakit itu.
  • Sebuah cinta sejati mampu mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan,kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang tetapi ia lahir dari hati yang paling dalam.
  • Ketika kamu mencintai seseorang,janganlah mengharapkan balasan,jika kamu memikirkan hal tersebut kamu bukan mencintai tetapi cuba untuk mengharapkan sesuatu.
  • Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya,kekasih terbaik adalah sahabat terhebat
  • Saat mencintai seseorang,kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan,bukan cinta andai ianya hanya membahagiakan.
  • Saat mencintai seseorang,jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya kerana salah seorang di antara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.

No comments:

Post a Comment